Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan siang dari malam dan memberi petunjuk. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga Baginda, para Sahabat, tabi’ tabi’in serta mereka yang mengikuti jejak langkah mereka hingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah semalam wat iftar bersama2 ikhwah2 yg cool lagi bgaye.

Setelah hampir 3bulan duduk di dublin ni, inilah iftar pertama kali kitrg buat.

sayur buncis goreng + telur +sosej ngn ayam masak merah tomato

tapi sedihnya ade lagi satu rumah ikhwah tak dapat join..

Hmm..kenapa macam tuh ek?

Hehe..tu yang nak cerite ni.

Ntah macam mana lepas balik daripada semayang subuh bersama hosmates yg qowiy lagi osem ni, saya terpikir nak wat nak buke pose same di DI (rumah ikhwah known as Daulah islamiyyah),,extreme gile kan nama..hew3

Teros saya bertanyakan ngn hosmate mntk pndapat2 dy..tak lame pastuh terus saya phone akh 6pax yg duduk rumah DI tuh.(fyi, kitorang  baru jumpa lepas keluar masjid tadi:p).ni  versi pendek je tau.

Asalamualaikum broder.

Waalaikumsalam broder.

Really2 miss u already broder!haha

masyaAllah..i miss you tuh

(sila tahan muntah anda hew3)

Kitorang plan nak wat buke pose same2 (tak tanye pon dia pose ke tak..hew3.kejam gile aku)..tapi tak yah susah2 kitorang bawak makanan masing2 dari rumah. Pastu makan same2 kat DI.ok k?

Boleh2. seronok jugak tuh.

Yang rumah stylo tuh (rumah ikhwah jugak), aku tak bagitau lagi tau(harapan utk dia yg bagitau kan.yela, saya ni kan takde 6pax macam dia..hew3)

Ok3..

Berbunga2 jugak la hati pastuh dari pagi tuh sampai k bbuke pose..hew3.

Pas bace mathurat same2 ngn hosmate. Online jap.cari resipi ape tok buke pose nanti.

Mule2 tuh type kat search engine “resipi berbuka pose orang bujang”..hahaha..looser jugak la saya nih

Last2 dah dapat resipi, pergi kedai bali barang.

Balik2.siap2 masak.hosmate tolong..

Smoge di pun dapat pahala orang2 yg berpose berkali2 ganda sebab dia pon pose jugak hari tuh. ameen

Sebelum maghrib.kitorang bawak lah potluck kitorang ke rumah DI.sejuk jugak la kat luar. Angin gile kuat. Sampai2 je makanan dah sejuk .hu2

pastuh  kitorang pergi masjid dulu.bace doa.minum air masak.solat.jumpa2 ikhwah2 lain kat masjid.salam2.senyum2.mula solat.solat sunat.jumpa ikhwah.salam2.senyum2. berbual2 punya berbual rupa2nya ikhwah bu-ali takdapat pergi.

Hah?nape?ciannye..

Aah.kan.cian derang. Ni part tak best nak cite ni.sebab ad part tak best ni la nak post kat blog.(kejam gile aku)

Bersama akhi comel

Bestla korang ad iftar (nada gurau)

Huh? Ko tak join k..

Tak..dah korang tak ajak. (ketawa2 comel)

Eh, bro 6pax xajak k.ingatkan dia dah bagitau (ayat lepaskan diri.kejam.jangan ikot contoh saya ye)

Kitorang dah tau.saje je.kitorang dah makan dah

Hmm..janganlah macam tuh..

Eh,xpe2.aku tak pose agi pon..

(tetibe teringat kat kmb, somes of adek2 xnak join makan talam  kat belakang surau sebab katenye tak pose.tapi ade j yang join)

Bersama akh stylo

Eh, jum la makan sekali ngn kitorang (tanak la cakap “jumla bukak pose”nanti cakap cam bro comel tadi)

Takpe2.len kali korang nk wat iftar, ajakla awal2.kitorang boleh sediakn makanan kitorang.kitrg baru je tau petang tadi.

(dushh..hmm..sape suh aku mengharapkan orang lain lagi utk bagitau ikhwah2 rumah bu-ali.bleh j nak argue “sempat agi klo nak masak”.tapi mesti derang argue balik)

Tym otw g rumah DI balik. Tengah berbunga2 hati nak bukak pose same2.ttibe..hosmate sorang ni cakaplah

Aku rase macam impromptu sangatlah.last2 minit.spatutnye kena bagitau awal2.ade preparation.

(dalam hati saya: iftar je kot.nak bagitau awal macam mane2 lagi.layu dah la bunga kat hati ni)

Dy pon sambung: “aku konfius ka.iftar nih utk sape? Utk anak2 usrah k utk sume2 k utk ikhwah ni j.aku pon xsure nak ajak sape)

(tuh pon boleh konfius) ajak je la sape ko nak.kan kite wat potluck.klo nak join bawaklah makanan masing2.bukan kite yg kena wat lauk tambah utk derang pon.

Dia pun argue lagi dengan konfius2 dia dan cakap ksian dorang (ikhwa2 bu-ali) tak dapat join.

Saya pun tanya: pernah wat tak iftar sebelum2 nih?(dy senior)

Dia: pernah j.

(dalam hati: dah tuh kenapa nak kena tunggu aku yg start ajak wat iftar?aku baru tiga bulan kot duduk kat sini.mula dah syaitan menghantar virus2 dakwah)

Saya:hmm…ni cuba2 je. Ktie bincang la nnti, klo bagus wat lagi.klo xbagus tgoklah kenapa. Takyah nk konfius2. gerak j. klo takot nak gerak. Sampai bile?ajak j la sape2.

Argue2. sampi dah depan pintu DI

Dia: hmm..suke ati ko la faiq..

Picit loceng.Orang DI bukak pintu.Jumpe2.salam2.syum2.

Saya bermonolog luaran: yang ni pun jadi isu besar (muke syum). (dalam hati nk j cakap macam ni: Ko komplen2, masak pon tak tolong, bli barang pon tak tolong, ko kate kate derang mmber2 ko, ko la yang bagitau derang. Takkan la nak harapkan aku jugak. Taulah nak study.aku pn xkomplen aku kne kuar bli barang sendri, masak, bawak lauk ko skali.aku pon nak exam jugak kot. Ingatkan nak seronok2 tym2 musim hati kering.xpasal2 kne marah wat kje xbetol.)

Klo bukan kerana terbiyah menuntut saya utk bersabar dan hormat orang lagi tua. Konpem aku cakap macam tuh.hew3

Dia: mana ad isu besar. Ko yg rase ni isu besar (muke senyum)

Saya: dah tuh senyap2la.xyah nk komplen2 macam isu besar.(muke senyum).ko dah setahun kot duduk cni.aku baru 3 bulan.(maksudnye nape nak harapkan aku jugak.takkan nak aku buat sume.ko dah setahun duduk cni.sepatutnya ko la yg initiate bende2 macam nih. Bukan aku.cukupla tuh akhi.)

Hosmate lagi satu tuh senyum memanjang j.ihik.comel.

6pax pn datang.salam2.peluk2syum2.keadaan jadi reda..tolong2 hidangkan lauk.bace doa ramai2.makan2.borak2.balik.

Alhamdulillah. Kami sume gembira sangat2 dapat wat iftar nih espeseli akh 6pax. Tapi tuh la tak sume ikhwah yg join.takpe.lepas ni kite wat betol2.insyaAllah..:)

Akhi, boleh nak komplen. Tapi kne la berpada. Bile cakap nak wat potluck. Kau hanya tersenyum memandang aku. Tanpa sebarang kata2. sebutlah sesuatu akhi. Jangalah kau membisu akhi. Aku perlukan semangat dari kau, akhi. Tapi bile dah sampi ke penghujung jalan. Kau mula utarakan komplen dan konfius ko. Apa ni akhi, sudah lah kau menguji keimanan aku dengan kata2 kau…

lalu bile sume dah selesai kau meminta maaf2 dengan nada gurau kau. Aku tau kite bukan pejuang ukhuwah tapi pejuang keimanan. Tapi tak bermakna, kau boleh menguji-uji hati2 orang yg cube untuk terus mengenggam dawai2 berduri tarbiyah di dublin ni. Bukan kau yang menguji keimanan orang, tapi hanya Dia yang selayaknya.

Bukankah kita patut memikul2 beban dakwah ni bersama2, walaupun kelihatan orang2 sebelah kau hanya menjinjing sahaja beban tuh.sudahlah akhi. aku tau mutabaah amal aku tak sehebat aku. dan sebab itu aku perlukan sokongan kau, akhi.

Dan kerana kisah ini. Saya cakap: mari ikhwati, kurangkan komplen, tingkatkan haraki!!(hehe..prasan tak saya ade post kat fb?;p)

Lalu saya membaca kata2 syed qutb ni untuk saya muhasabah diri saya..

“Hadapilah tugas mahaberat ini dengan jiwa besar, dengan dayajuang api semangat yang nyalanya kuat dan keras.

Pupuklah Ruhul-Jihad, semangat revolusioner, radikal dan progressif dalam jiwamu, dan bertindaklah sebagai laki-laki dengan perhitungan yang nyata dan pertimbangan yang matang.

Perkayalah dirimu dengan meneladan kepada masa silam, di mana ada yang rebah dan ada yang bangun, ada yang jatuh dan terus berdiri lagi. Kamu tidak boleh menjadi “plagiator” dan angkatan lama, dan tidak boleh pula menepuk dada serta meniadakan segala harga dan nilai, jasa dan karya dan angkatan lama.

Mereka kaya dengan pengalaman, engkau kaya dengan cita-cita.

Padukanlah pengalaman angkatan lama dengan nyala citamu!

Sejarah ini telah lama berjalan bergerak dan berkembang.

Kamu hanyalah tenaga penyambung menyelesaikan bengkalai yang belum selesai. Meneruskan pekerjaan besar, sundut bersundut, dan keturunan yang satu kepada keturunan yang lain, angkatan kemudian angkatan.

Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan lakukanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran”

p/s: sometimes when it comes to make a decision..we make a decision too late that a minute after that we start to regret..(knpe lah tak decide awal2, byk sgt pkr la nih)..

as we always forget “dakwah yang kite perjuangkn adalah dakwah Allah” bukan dakwah kite..

bukankah kite slalu berdoa “ya Allah, jgn Kau biarkn nasib kami ditentukn oleh kami sendri”??

Sile lah cakap “kite perlukan strategi yg betul2 mantap!” dan teruskan dengan semangat logik kepala  anda.

Wallahu ‘alam.

Dah lah.study je.hidup kite ni kan utk study je